Fungsi Twitter Moments Muncul Untuk Sesetengah Pengguna Tempatan

Fungsi Twitter Moments Muncul Untuk Sesetengah Pengguna Tempatan

Diterbitkan pada Dis 5, 2015 oleh .

Twitter ialah laman media sosial yang kami rasakan terbaik untuk mendapatkan berita terkini. Lebih mudah mencari berita terhangat pada perkhidmatan ini berbanding pada media sosial lain. Bagi memudahkan lagi proses mencari berita dan melihat trend terkini, antaramuka baru mula muncul pada aplikasi rasmi Twitter. Kami menyedari perubahan ini sebentar tadi dan ianya hanya muncul pada satu dari beberapa peranti lain yang kami gunakan.

Twitter-new-UI

Perubahan ketara ialah kini terdapat ikon petir pada palang navigasi di atas skrin. Apabila ditekan tweet terhangat akan dipaparkan lengkap dengan gambar. Tweet-tweet terhangat juga disusun di dalam kategori tersendiri seperti berita, sukan, hiburan dan terhangat hari ini. Apabila sebuah topik terpilih, pengguna boleh mentatal untuk melihat tweet yang dikategorikan di dalam kumpulan yang sama. Skrin topik trending juga berubah dan kini memaparkan gambar yang berkaitan dengan topik menjadi bualan paling hangat. Pada waktu yang sama fungsi Highlight masih lagi dikekalkan dan boleh diakses dari menu aplikasi.

 

 


TIPS & ULASAN