Pra-Tempahan Untuk Lumia 950 Dan Lumia 950XL Bermula Dari RM2700 – Hadir Dengan Dock

Pra-Tempahan Untuk Lumia 950 Dan Lumia 950XL Bermula Dari RM2700 – Hadir Dengan Dock

Diterbitkan pada Dis 5, 2015 oleh .

Microsoft Malaysia telah mula menghantar jemputan kepada para media, yang dijangka berlangsung pada minggu hadapan. Kini, melalui halaman rasmi Microsoft Store di Lazada, pihak Microsoft dilihat telah memulakan pra-tempahan untuk kedua-dua peranti mereka yang akan dilancarkan itu.

Lumia 950

Daripada apa yang disenaraikan, Lumia 950 32GB akan dijual pada harga RM2700, sementara Lumia 950 XL dengan storan 32GB pula akan dijual pada harga RM3000. Kedua-dua peranti ini hadir dengan Microsoft Display Dock secara percuma yang mana bernilai RM309.

Lumia 950 hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci, kamera belakang 20-megapixel, Snapdragon 808 dan sistem operasi Windows 10. Lumia 950 XL pula hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci serta cip Snapdragon 810.

Apa yang menariknya pada kedua-dua peranti ini adalah ia dilengkapi sokongan Continuum, membolehkan pengguna untuk menghubungkan peranti Lumia ke Microsoft Display Dock ke skrin monitor, dan menggunakannya sebagai sebuah komputer penuh dijana sistem operasi Windows 10.

Microsoft hanya menawarkan Microsoft Display Dock ini untuk 50 pra-tempahan pertama sahaja, dan mungkin selepas itu, pengguna perlu membelinya secara berasingan.

Jadi, pada harga jualan ini, apa kata anda?

Pra-tempah : Lumia 950 di Lazada – RM2700

Pra-tempah : Lumia 950 XL di Lazada – RM3000


TIPS & ULASAN