Apple pada tahun 2013 yang lepas, telah memperkenalkan iPhone 5C yang membawakan harga lebih rendah berbanding iPhone 5 ketika itu, disamping pada masa yang sama menggunakan rekaan berasaskan polikarbonat. Sejak daripadanya, Apple tidak memperkenalkan sebarang kemaskini untuknya, dan kini beberapa desas-desus baru hadir berkaitan dengannya.
Menurut desas-desus terkini, ia dikatakan Apple akan memperkenalkan iPhone baru bersaiz 4-inci dengan konsep lebih kurang sama seperti iPhone 5c – iaitu menawarkan fungsi asas iPhone, dan berharga lebih rendah berbanding dengan iPhone 6S.
Ia dikatakan iPhone 4-inci yang baru ini mungkin menggunakan rekaan berasaskan logam, disamping menyertakan sokongan Apple Pay. Namun, fungsi seperti Force Touch dan sebagainya mungkin tidak disertakan dan mungkin eksklusif untuk peranti iPhone 6S mereka.
Mengikut apa yang dikatakan, Apple mungkin akan memperkenalkan peranti baru ini pada awal tahun 2016 ini.
Seperti biasa, ia masih dikategorikan sebagai ura-ura sahaja buat masa ini. Mungkin kita akan dapat melihat jawapan sebenarnya untuk dalam sebulan dua lagi.