Cari @ Amanz

Xiaomi sebelum ini telah memperkenalkan beberapa produk memfokuskan audio, termasuk fon kepala, dan juga fon telinga. Terkini, Xiaomi turut akan menambah penawaran mereka, dan memulakan jualan Xiaomi Mi In Ear Headphones Pro dalam masa beberapa hari lagi.

Xiaomi Mi In Ear Headphones Pro menawarkan kualiti audio yang terang, serta menyertakan kebolehan untuk mengelak pelbagai gangguan bunyi luar. Fon telinga ini dibangunkan oleh 1 More, salah satu syarikat ekosistem yang telah menerima pelaburan Xiaomi sebelum ini.

Xiaomi Mi In Ear Headphones Pro

Melalui Xiaomi Mi In Ear Headphones Pro, ia menggunakan teknologi hibrid yang mengabungkan dynamic-driver dengan dua BA (balanced-armature driver). Melalui penggunaannya, ia membolehkan Xiaomi Mi In Ear Headphones Pro menawarkan kualiti audio yang baik, selain mengawal frekuensi audio, serta menawarkan efek 3D yang bagus.

Kami telah mencubanya secara ringkas, dan boleh dikatakan kualiti audionya agak baik – untuk sebuah fon telinga premium yang berharga RM79. Namun, salah satu kekurangan bagi kami adalah posisi butang kawalan yang agak tinggi dan tidak selesa untuk digunakan. Ia diposisikan agak tinggi kerana menyertakan mikrofon dan ingin memudahkan pengguna untuk bercakap menggunakannya.

Apa pun, bagi anda yang berminat, boleh bersedia pada 10 Disember 2015 ini, dimana ia akan dijual pada harga RM79. Xiaomi turut dijangka akan menawrkan aksesori untuk Redmi Note 2 pada tarikh sama melalui jualan sempena penghujung tahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd