Cari @ Amanz

Penyediaan internet di kampus dan asrama pelajar di universiti tempatan merupakan salah satu perkara biasa. Terkini, dalam mengelak dan mengurangkan penyalahgunaan penawaran dan penyediaan internet di kampus, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mula mengimplementasi kuota data WiFi untuk warga UUM.

Kini UUM menawarkan kuota sebanyak 5GB untuk pelajar dengan kelajuan maksimum mencapai 1Mbps, dan dihadkan kepada kelajuan maksima 384Kbps selepas tamat penggunaan kuota. Selain pelajar, pengenalan pengurusan kuota data ini juga diperkenalkan untuk pelbagai warga UUM lain, termasuk pensyarah, staf dan sebagainya.

UUM Kuota

Walaupun diperkenalkan had penggunaan kuota, namun penawaran sebanyak 5GB mungkin mencukupi untuk membantu pelajar dalam penyediaan pembelajaran mereka – dan kelajuan maksimum sebanyak 384Kbps (selepas tamat kuota data) merupakan kelajuan yang boleh digunakan untuk pelayaran web biasa untuk pencarian maklumat tambahan untuk pembelajaran dan sebagainya.

Pihak penyedia WiFi juga turut menawarkan pembelian kuota data tambahan pada bayaran tambahan – lebih kurang seperti syarikat telekomunikasi tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd