LifePrint- Membolehkan Gambar Cetakan Fizikal Bergerak Seperti Harry Potter

LifePrint- Membolehkan Gambar Cetakan Fizikal Bergerak Seperti Harry Potter

Diterbitkan pada Dis 7, 2015 oleh .

Di dalam dunia fiksyen Harry Potter, gambar yang dicetak pada akhbar dan potret dinding bergerak seperti ianya hidup. Memori insan yang telah meninggal dunia akan terus hidup di dalam animasi pendek yang dilihat pada gambar-gambar ini. Apa yang dipaparkan di dalam filem Harry Potter sebelum ini hanyalah fiksyen tetapi kini semakin hampir menjadi realiti dengan LifePrint.

 

LifePrint ialah sebuah mesin pencetak gambar dan aplikasi peranti pintar yang membolehkan gambar fizikal yang dicetak untuk bergerak seperti di dalam dunia Harry Potter. Teknologi AR digunakan bagi “menghidupkan” gambar statik yang sudah dicetak pada kertas filem biasa. Untuk melihat gambar bergerak, pengguna perlu menggunakan aplikasi LifePrint pada peranti dan video pendek akan dilihat dimainkan pada gambar fizikal. Aplikasi ini menyokong video diambil sendiri, Instagram, Facebook, Twitter, Vine dan Live Photos yang diambil menggunakan iPhone 6S. Terdapat juga sokongan video yang diambil menggunakan kamera aksi GoPro. Had panjang video yang boleh dipaparkan pula ialah 15 saat. Dengan adanya LivePrint, gambar fizikal di dalam album anda tidak lagi kekal statik. Buat masa ini aplikasi LivePrint hanya menyokong peranti Android dan iOS. Kami rasakan penggunaan LivePrint ketika hari bersejarah seperti perkahwinan dan hari lahir akan membuatkan video yang dirakamkan pada waktu tersebut lebih mudah ditonton. Hanya perlu carik gambar dan halakan peranti pada gambar yang dicetak. Harga jualan sistem LivePrint ini bermula dari $129 sebuah.

LivePrint-Photo-1


TIPS & ULASAN