Xiaomi Mengumumkan Promosi Hari Natal 2015 – Termasuk Mi Selfie Stick, Mi In-Ear Headphones Pro

Xiaomi Mengumumkan Promosi Hari Natal 2015 – Termasuk Mi Selfie Stick, Mi In-Ear Headphones Pro

Diterbitkan pada Dis 7, 2015 oleh .

Xiaomi Malaysia hari ini secara rasminya telah mengumumkan jualan dan promosi khusus sempena dengan hari Natal 2015. Bersempena dengannya, mereka memperkenalkan beberapa produk baru, disamping pada masa yang sama menawarkan diskaun untuk produk-produk sedia ada mereka.

Xiaomi Selfie

Melalui jualan ini, seperti dimaklumkan sebelum ini, Xiaomi menawarkan beberapa produk baru, termasuk Mi In-Ear Headphones Pro pada harga RM79, beberapa aksesori untuk Redmi Note 2 pada harga RM15, dan juga Mi Selfie Stick pada harga RM35.

Xiaomi Mi In Ear Headphones Pro

Xiaomi turut menawarkan aksesori tambahan untuk pembelian Mi Note dan juga Redmi 2, selain beberapa bundle menarik pada harga rendah.

Jualan Xiaomi Malaysia sempena hari Natal ini akan dimulakan pada 10 Disember 2015 ini, pada pukul 10 pagi, sehingga 11 Disember 2015 pukul 10 malam.

Layari : Jualan Promosi Xiaomi Malaysia / Hari Natal 2015


TIPS & ULASAN