Carian
Honor Memulakan Ujian Beta Android 6.0 Marshmallow Untuk Honor 7 Di UK
December 7, 2015 Aman

Pihak Honor – anak syarikat Huawei – telah mengumumkan sebelum ini yang mana mereka akan memulakan ujian beta untuk Android 6.0 Marshmallow bagi peranti Honor 7. Kini, seperti dijanjikan, mereka telah memulakannya – tetapi agak mendukacitakan kerana terhad di UK sahaja buat masa ini.

Honor 7 Marshmallow

Menurut pihak Honor, ujian beta Android 6.0 Marshmallow untuk Honor 7 ini akan membawakan antaramuka EMUI 4.2 bersama-sama dengannya. Seperti biasa, mereka yang dipilih akan dipantau beberapa maklumbalas dan statistik untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna Honor 7 seluruh dunia yang lain.

Pihak Honor hanya mengehadkan ujian beta Honor 7 Android 6.0 Marshmallow ini di UK sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperluaskan ke negara-negara lain. Namun, ini boleh dikatakan salah satu usaha yang baik daripada mereka – sekaligus memberikan petanda yang mana Honor 7 akan menerima kemaskini terbaru Android berkenaan tidak lama lagi.

Komen