Spotify Year In Music : Lihat Rangkuman Lagu-Lagu Yang Anda Dengari Sepanjang 2015

Spotify Year In Music : Lihat Rangkuman Lagu-Lagu Yang Anda Dengari Sepanjang 2015

Diterbitkan pada Dis 7, 2015 oleh .

Tahun 2015 semakin hampir meninggalkan kita dan seperti biasa rangkuman akhir tahun akan mula dihasilkan oleh pelbagai laman dan perkhidmatan yang anda gunakan. Minggu lalu Spotify menyenaraikan artis, lagu dan album paling banyak didengari oleh pengguna. Sekiranya anda menggunakan Spotify mereka kini mengeluarkan Year In Music, rangkuman penuh penggunaan anda sepanjang 2015.

Spotify Year In Review 2015 Spotift 2015 Effi 5

Anda boleh melihat artis, lagu, album yang paling banyak anda dengari. Terdapat juga laporan masa yang dihabiskan serta jumlah artis yang anda dengari. Tidak ketinggalan disertakan juga artis manakah yang paling kerap anda dengari mengikut bulan. Sekiranya anda mahu melihat sejarah penggunaan Spotify anda sepanjang 2015, sila ke pautan Year In Music di bawah dan log masuk untuk melihatnya. Tahun ini kami banyak mendengar muzik yang dihasilkan oleh Harry Gregson Williams. Bagaimana pula dengan anda?

Pautan Laman Spotify Year In Review 2015


TIPS & ULASAN