Pusat IT MARA (#Lowyat2) Akan Dilancarkan Esok

Pusat IT MARA (#Lowyat2) Akan Dilancarkan Esok

Diterbitkan pada Dis 7, 2015 oleh .

Beberapa minggu lepas, ia telah diumumkan yang mana #Lowyat2 akan dilancarkan secara rasminya pada bulan Disember 2015 ini, dan seperti dijangkakan, ia dijadualkan untuk pelancaran esok – 8 Disember 2015. Nama akhir bangunan tersebut adalah Pusat IT MARA.

pusat-it-mara

Pihak kerajaan telah mengumumkan sebelum ini, yang mana seramai 36 pengusaha telah dipilih untuk beroperasi di Pusat IT MARA ini, yang mana akan menjadi satu lagi lokasi menarik untuk para pengguna tempatan mendapatkan barangan dan peranti elektronik.

Dengan pelancaran Pusat IT MARA ini juga, kita akan melihat ia menjadi satu lagi destinasi utama untuk pengguna tempatan mendapatkan barangan elektronik – selain daripada Plaza Lowyat dan juga PJ Digital Mall.


TIPS & ULASAN