Facebook sebelum ini telah memperkenalkan Creative Labs, dimana mereka bereksperimen dengan beberapa konsep aplikasi menarik melaluinya. Sejak diperkenalkan, Creative Labs telah hadir dengan beberapa aplikasi, termasuk Slingshot, Riff dan juga Rooms.
Beberapa fungsi dan elemen daripada aplikasi berkenaan turut telah diintegrasikan pada aplikasi utama Facebook pada Android dan iOS, dan kini pihak Facebook menutup Creative Labs mereka. Bersama-sama penutupan ini, pihak Facebook turut membuang aplikasi Slingshot, Riff dan juga Rooms.
Untuk makluman, kemaskini untuk ketiga-tiga aplikasi berkenaan juga telah sekian lama tidak diperkenalkan, dan mungkin ia dijangkakan ramai memandangkan eksperimen tersebut tidak mempunyai angka pengguna yang tinggi – disamping pada masa yang sama terdapat beberapa aplikasi lain di pasaran dengan fungsi seumpamanya.