Carian
MARA Digital Dibuka – Pusat IT Baru Di Tengah Pusat Bandaraya KL
December 8, 2015 Aman

Sejak beberapa bulan yang lepas, kita telah mendengar mengenai projek #Lowyat2 dalam usaha mengalakkan peniaga Bumiputera dalam arena perniagaan jual-beli IT. Hari ini, projek tersebut dirasmikan secara rasminya di Busana @ Menara MARA, dan dinamakan sebagai MARA Digital.

MARA Digital

Ia terletak di tengah kota Kuala Lumpur, dan berdekatan dengan pusat membeli-belah SOGO, serta memudahkan pengguna ke sana dengan pelbagai pengangkutan awam. MARA Digital kini mempunyai lebih daripada 30 penjual, dan beberapa kedai baru turut dijangka akan dibuka dalam beberapa minggu akan datang.

Untuk enam bulan pertama, peniaga tidak perlu membayar sebarang sewa, dan sebagai balasannya, pihak kerajaan berharap agar mereka boleh menawarkan harga jualan yang lebih rendah dan berpatutan kepada pelanggan.

MARA Digital

MARA Digital

Daripada tinjuan kami di MARA Digital, pelbagai syarikat telekomunikasi mempunyai reruai dan kedai mereka, disamping kedai menjual komputer, telefon pintar, serta kedai membaiki komputer. Kedai menjual aksesori peranti mudah-alih juga dijangka dibuka, selain beberapa kedai untuk jenama popular seperti Acer, Dell, HP, Oppo, Lenovo dan juga Samsung.

MARA Digital dikatakan sebagai projek rintis, dan lebih banyak lokasi dan Pusat IT seumpamanya dijangka dibuka dibandar-bandar lain seluruh negara.

MARA Digital

MARA Digital

MARA Digital

Komen