Jika anda merupakan pengguna tegar PlayStation 4, maka mungkin anda agak aktif menggunakan perkhidmatan PlayStation Messages yang membolehkan anda berinteraksi dengan rakan-rakan PlayStation yang lain. Terkini, Sony turut memperluaskan penawaran sokongan permesejan tersebut kepada pengguna Android dan iOS.
Melalui aplikasi PlayStation Messages ini, ia membolehkan anda kekal berhubung dengan rakan-rakan anda, walaupun tidak berada dihadapan konsol. Menggunakannya, anda boleh melihat siapakah yang online, dan apakah yang mereka sedang mainkan.
Disamping itu, anda juga seperti biasa boleh membuat penghantaran teks, mesej audio, gambar dan juga sticker menggunakan aplikasi sama.
Bagi anda yang sering menggunakan PlayStation Messages, anda boleh menggunakan aplikasi ini untuk kekal berhubung – walaupun tidak berada di hadapan konsol atau kaca televisyen anda.
- Muat-Turun PlayStation Messages di iPhone
- Muat-Turun PlayStation Messages di Android