Carian
Bateri Berasaskan Kertas Berjaya Dihasilkan
December 8, 2015 Effi Saharudin

Bateri yang digunakan sekarang adalah berasaskan kini dan bahan logam. Selepas habis dipakai ia sepatutnya dilupuskan dengan betul bagi mengelakkan bahan kimia di dalamnya mencemari alam sekitar. Malang sekali berapa ramai di antara kita yang sedar ataupun mengambil langkah mesra alam sebelum melupuskan bateri. Bateri yang lebih mesra alam harus dihasilkan bagi menjamin masa depan yang lebih selamat untuk generasi akan datang.

Power PAper

Bateri berasaskan bahan organik adalah antara produk yang sedang dibangunkan bagi menyelesaikan masalah ini. Penyelidik di Linköping University’s Laboratory of Organic Electronics Sweden berjaya menghasilkan bateri berasaskan kertas. Lapisan nanoselulosa dan polimer pengalir digabungkan untuk menghasilkan sel bateri organik ini. Buat masa ini sekeping bateri kertas sepanjang 15 sentimeter dan setebal 2 milimeter mampu menyimpan caj bersamaan dengan sebuah kapasitor 1 Farad. Usaha sedang dijalankan bagi memajukan teknologi bateri kertas ini kerana ianya menggunakan bahan lestari dan tiada bahan kimia berbahaya. Sekiranya tidak dikitar semula sekalipun, bateri ini tidak akan mendatangkan sebarang kesan buruk kepada alam sekitar.

Power PAper 2

 

Komen