Cari @ Amanz

Stagefright ialah antara masalah kerentanan serius yang melanda peranti Android tahun ini. Maklumat peribadi pengguna boleh dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan memanipulasi kerentanan yang wujud. Tidak semua peranti Android menerima kemas kini selepas kerentanan dilaporkan. Bagi pengguna ini mendatangkan kerisauan kerana tiada sistem yang menunjukkan bilakah kali terakhir kemas kini mengahlang kerentanan diterima pada peranti mereka.

Patch Samsung 1IMG_20151208_161957

Fungsi melihat tarikh kemas kini ini sudah wujud pada peranti yang menggunakan Android Marshmallow. Apakah yang boleh dilakukan oleh pengguna peranti versi Android yang lain. Samsung baru sahaja memberikan kemas kini terbaru untuk peranti Galaxy Note 5 dan S6 Edge+. Kemas kini baru ini akan memaparkan maklumat tahap keselamatan patch yang diterima. Di dalam About Device, kini wujud maklumat Android Security Patch Level lengkap dengan tarikh terakhir kemas kini kerentanan peranti diterima. Ini memberikan maklumat lebih lengkap kepada pengguna tentang tahap keselamatan peranti mereka. Peranti Note 5 dan S6 Edge+ Malaysia sudahpun menerima kemas kini ini dan anda boleh memuat turunnya sekarang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd