Apple Memperkenalkan Kerangka Luar Dengan Tambahan Bateri Untuk iPhone 6S – Berharga RM469

Apple Memperkenalkan Kerangka Luar Dengan Tambahan Bateri Untuk iPhone 6S – Berharga RM469

Diterbitkan pada Dis 8, 2015 oleh .

Apple hari ini telah memperkenalkan satu lagi aksesori untuk pengguna iPhone 6S, iaitu sebuah kerangka luar tambahan yang hadir dengan bateri terbina dalamnya. Dinamakan sebagai iPhone 6S Smart Battery Case, ia ditawarkan pada harga RM469.

iPhone 6S Smart Battery Case

Apple tidak berkongsi akan berapakah kapasiti bateri tambahan yang dibawakan olehnya. Tetapi menurut Apple, dengan menggunakannya, pengguna boleh mendapat masa berbual dan penggunaan harian yang lebih lama – dimana sehingga 25 jam untuk masa berbual, dan 18 jam masa penggunaan internet.

Jika anda merupakan pengguna tegar iPhone, dan sering mengalami masalah dengan masa bertahan bateri, maka kerangka luar tambahan ini mungkin agak membantu.

Bagi pengguna iPhone 6S, anda boleh melakukan tempahan untuknya dan menerima iPhone 6S Smart Battery Case ini dalam minggu hadapan.

Layari : Apple Store – iPhone 6S Smart Battery Case


TIPS & ULASAN