Adobe Lightroom Mobile Kini Ditawarkan Secara Percuma Untuk Android

Adobe Lightroom Mobile Kini Ditawarkan Secara Percuma Untuk Android

Diterbitkan pada Dis 9, 2015 oleh .

Adobe sebelum ini telah memperkenalkan aplikasi Lightroom Mobile untuk Android – namun, untuk menggunakannya, ia memerlukan pengguna mempunyai langganan untuk Creative Cloud terlebih dahulu. Perkara tersebut mungkin tidak menerima permintaan ramai, dan pada bulan Oktober 2015 yang lepas, Adobe telah mengumumkan perubahan – dimana pengguna tidak perlukan lagi akaun Creative Cloud untuk menggunakannya.

Adobe LightroomKetika pengumuman Oktober lepas berkenaan, kemaskini tersebut ditawarkan terlebih dahulu untuk pengguna iOS, dan terkini, Adobe turut memperluaskannnya kepada pengguna Lightroom Mobile di Android.

Melalui kemaskini terbaru aplikasi Adobe Lightroom Mobile untuk Android, ia tidak lagi memerlukan langganan Creative Cloud untuk menggunakannya – dan sesiapa sahaja boleh menggunakan aplikasi penyuntingan gambar berkenaan pada peranti mudah-alih mereka.

Namun, seperti biasa, Adobe menggalakkan pengguna melanggannya yang hadir dengan ciri-ciri tambahan, termasuk kemudahan sync fail yang disunting terus ke desktop.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda boleh memuat-turun aplikasi Lightroom Mobile ini, dan menggunakannya dalam penyuntingan gambar anda.

Muat-Turun Adobe Lightroom Mobile untuk Android


TIPS & ULASAN