Axiata Digital Membuat Pelaburan Pada Easyparcel, Maideasy, Easyuni, Supahands, Tripfez dan Spot News

Axiata Digital Membuat Pelaburan Pada Easyparcel, Maideasy, Easyuni, Supahands, Tripfez dan Spot News

Diterbitkan pada Dis 9, 2015 oleh .

Bagi kebanyakkan pengguna tempatan, mungkin anda sedia mengenali akan jenama Axiata – yang mana sering kali sinonim dengan Celcom. Mereka mempunyai bahagian memfokuskan arena digital, dinamakan sebagai Axiata Digital, selain turut menyediakan dana pelaburan kepada syarikat-syarikat memfokuskan arena digital, melalui Axiata Digital Innovation Fund.

AxiataSebelum ini, Axiata Digital telah membuat pelaburan pada Yonder Music – salah satu perkhidmatan penstriman muzik yang telah diperkenalkan kepada para pelanggan Celcom baru-baru ini. Disamping itu, di arena tempatan, Axiata Digital dilihat telah membuat pelaburan kepada enam syarikat, termasuk Tripfez, Easyparcel, Maideasy, Spot News, Easyuni dan juga Supahands.

Tripfez merupakan salah satu laman yang memudahkan pengguna mencari pakej percutian – dan semua pakej dioptimasikan untuk pengguna beragama Islam. Sementara MaidEasy pula adalah salah satu laman yang memudahkan anda membuat tempahan pembantu rumah – untuk membuat tugasan mengemas rumah mengikut masa yang selesa bagi anda.

Easyparcel pula merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada peniaga atas-talian, dimana ingin memudahkan proses mereka menghantar barangan kepada pelanggan dengan menawarkan kemudahan penghantaran barangan pada kadar yang rendah.

Spot News pula merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan pengguna mengikuti berita, sementara Easyuni ingin memudahkan pencarian informasi berkaitan pendidikan tinggi. Supahands pula menawarkan kemudahan untuk pengguna membuat carian informasi dan mendapatkan bantuan yang berkaitan untuk pelbagai perkara.

Axiata Digital mengatakan mereka membuat pelaburan dan mengambil pegangan syarikat sekitar 20% ke 40% melalui pelaburan mereka.

Dengan pelaburan ini, pihak Axiata bukan sekadar menawarkan wang sahaja, disamping turut membantu syarikat-syarikat berkenaan melebarkan sayap ke negara-negara berdekatan lain – disamping memudahkan syarikat berkenaan dipasarkan kepada jutaan pelanggan Axiata.


TIPS & ULASAN