Cari @ Amanz

Apple Watch telah diperkenalkan pada tahun lepas, dan masih belum memasuki pasaran Malaysia secara rasminya sehingga kini. Namun, perkara berkenaan tidak mengelakkan Apple daripada memperkenalkan kemaskini untuknya, dan kini desas-desus dan ura-ura baru hadir mengatakan Apple dalam perancangan untuk membuat sebuah acara pengumuman khas sekitar Mac 2016 kelak.

Apple Watch

Melalui acara berkenaan kelak, Apple dijangka akan memperkenalkan Apple Watch 2 – dan berkemungkinan juga “iPhone 6c” yang diperkatakan akhir-akhir ini.

Apple Watch 2 kelak dijangka akan mengintegrasikan beberapa sensor baru – dan mungkin jika kita beruntung, kita akan melihat apa yang dilakukan oleh Apple untuk mengatasi masalah bateri di Apple Watch 2.

Apple sebelum ini telah melancarkan Apple Watch pada Mac 2015 yang lepas, dimana pada acara yang sama juga kita telah melihat pengenalan Macbook 12-inci.

Dengan desas-desus berkaitan acara pada bulan Mac 2016 ini, mungkin kita akan mula mendengar lebih banyak info berkaitan dengannya dalam minggu-minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd