Carian
Mozilla Menghentikan Pembangunan Firefox OS Untuk Telefon Pintar
December 9, 2015 Aman

Mozilla telah bereksperimen dengan penawaran Firefox OS untuk telefon pintar sejak daripada 2013 yang lepas. Namun, permintaan untuknya tidak begitu tinggi – walaupun Mozilla telah bekerjasama dengan beberapa pengeluar untuk hadir dengan peranti Firefox OS.

Alcatel One Touch Fire

Terkini, pihak Mozilla mengumumkan akan menghentikan pembangunan dan penjualan telefon pintar berasaskan Firefox OS. Perkara ini mungkin dijangkakan ramai sebelum ini, apatah lagi dengan peranti yang dijual menggunakan Firefox OS tidak begitu tinggi angka jualannya. Berkemungkinan, pihak pengeluar peranti juga tidak berminat mengeluarkannya – apatah lagi dengan Android yang kini sangat dioptimasikan untuk peranti berspesifikasi rendah.

Firefox OS telah dimulakan beberapa tahun sebelum ini dengan fokus kepada negara-negara membangun, disamping ingin menawarkan penggunaan sistem operasi telefon pintar berasaskan kepada HTML5 – dan bukannya bergantung kepada aplikasi. Setiap aplikasi juga boleh di pin pada peranti sebagai aplikasi yang dibuka menggunakan pelayar web.

Bergerak ke hadapan, pembangunan projek ini dilihat mungkin akan lebih ditumpukan kepada peranti berhubung (IoT) – dan mungkin beberapa projek menarik berkaitan dengannya diumumkan. Pada awal tahun ini sendiri pihak Mozilla telah memperlihatkan sebuah peranti berasaskan Firefox OS, dinamakan sebagai Runcible.

Runcible

Komen