Samsung Mepatenkan “Duo Pixel” – Adakah Galaxy S7 Bakal Mempunyai Kamera Berkembar?

Samsung Mepatenkan “Duo Pixel” – Adakah Galaxy S7 Bakal Mempunyai Kamera Berkembar?

Diterbitkan pada Dis 9, 2015 oleh .

Samsung baru sahaja mempatenkan perkataan Duo Pixel bulan lalu dan adakah ini bermakna Samsung Galaxy S7 bakal mempunyai kamera berkembar seperti HTC One M9+. Ini ialah antara spekulasi yang kini hangat diperkatakan mengenai peranti terkini Samsung yang dijangka dilancarkan di MWC Februari hadapan. Kamera pada S6 kini adalah yang terbaik di pasaran dan Samsung nampaknya ingin terus menjadi pengeluar peranti pintar dengan kemampuan kamera yang menakjubkan.

Terdapat juga teori lain yang merasakan Duo Pixel ialah nama lain untuk sistem pemfokusan baru untuk kamera. Ini adalah kerana Canon mempunyai sistem pemfokusan pantas yang diberi nama Dual Pixel. Sistem pemfokusan ini menggunakan dua photodiod untuk setiap pixel pada sensor berbanding hanya satu pada sistem biasa. Ini membolehkan kamera memfokus lebih pantas. Tinggal lagi beberapa bulan lagi sebelum S7 dijangka akan dilancarkan. Sekiranya Samsung berjaya menghasilkan kamera yang lebih baik dari tahun ini, tidak mengejutkan sekiranya S7 juga bakal menjadi antara peranti terbaik 2016.

Duo Pixel Samsung 1


TIPS & ULASAN