Tangan Palsu Untuk Memastikan Postur Yang Baik Ketika Bekerja Di Pejabat

Tangan Palsu Untuk Memastikan Postur Yang Baik Ketika Bekerja Di Pejabat

Diterbitkan pada Dis 9, 2015 oleh .

Sekiranya anda bekerja di pejabat anda akan menghabiskan masa duduk di depan PC sepanjang hari. Postur yang baik ketika menaip adalah perlu bagi mengelakkan pinggang dan tubuh terasa sakit apabila pulang ke rumah. Ini bukanlah perkara yang mudah dilakukan kerana kebosanan di tempah kerja akan membuatkan anda duduk membongkok ke depan sambil mata memandang ke arah skrin. Tangan palsu yang boleh dilekatkan pada meja dari Jepun ini mungkin dapat memastikan tulang belakang anda akan sentiasa lurus ketika di pejabat.

Chin-Rest-Arm-1

Chin Rest Arm ialah nama ciptaan yang aneh ini. Dan seperti namanya ia direka khas untuk anda meletakkan dagu ketika di meja. Apabila dagu ditopang anda akan sentiasa memandang ke atas dan bukannya ke bawah sekaligus mengurangkan kesakitan pada leher di akhir hari. Keseluruhan tangan palsu diperbuat daripada silikon lembut bagi memastikan keselesaan. Ia turut mempunyai fungsi sekunder sebagai bantal lengan sekiranya anda perlu tidur di meja kerja. Dengan harga jualan Yen 4980 (~RM 169), ianya aksesori mampu milik yang mungkin dapat membuatkan anda bekerja dengan lebih selesa.

Chin-Rest-Arm-2


TIPS & ULASAN