Siri Kini Akhirnya Menyokong Bahasa Arab Melalui Kemas Kini iOS 9.2

Siri Kini Akhirnya Menyokong Bahasa Arab Melalui Kemas Kini iOS 9.2

Diterbitkan pada Dis 9, 2015 oleh .

Kemas kini iOS 9.2 mula disebarkan oleh Apple hari ini dan ia membawakan beberapa perubahan besar kepada cara anda menggunakan peranti. Melalui kemas kini ini akhirnya Bahasa Arab disokong ketika menggunakan pembantu maya  Siri. Bahasa Arab ialah bahasa ke-14 yang disokong oleh pembantu maya ini.

Siri-Arab-1

Selain daripada itu, iOS 9.2 akhirnya menyokong penggunaan pembaca kad SD melalui sambungan Lightning. Gambar serta video dari kad SD boleh dimuat naik ke dalam peranti. Beberapa masalah kestabilan Safari turut diperbaiki dan iBooks akhirnya mempunyai sokongan 3D Touch. Kepada pemilik peranti iOS adakah kemas kini ini berjaya menyelesaikan beberapa masalah pada peranti anda? Kami masih berharap di masa hadapan Bahasa Melayu akan disokong oleh Siri walaupun bahasa Nusantara ini adalah bahasa ke-14 paling banyak digunakan di dunia.

 


TIPS & ULASAN