Humble Bundle Kini Menawarkan Pelbagai Permainan Arked Klasik Daripada NEOGEO

Humble Bundle Kini Menawarkan Pelbagai Permainan Arked Klasik Daripada NEOGEO

Diterbitkan pada Dis 9, 2015 oleh .

Humble Bundle terkenal dengan penawaran permainan pada harga rendah, dan terkini, bersempena dengan ulang-tahun ke-25 untuk NEOGEO, Humble Bundle memperkenalkan pakej khas, dinamakan sebagai Humble NEOGEO Bundle.

Melalui penawaran kali ini, pelbagai permainan berbentuk arked klasik ditawarkan, termasuk pada bayaran sebarang harga, pengguna boleh mendapatkan permainan seperti Fatal Fury Special, King of the Monsters, Metal Slug 2, Samurai Showdown 2, Sengoku 3, The King of Fighters 2000 dan juga Baseball Stars 2.

Humble NEOGEO Bundle

Bagi anda yang berminat, turut boleh membuat sumbangan purata untuk mendapatkan pelbagai permainan tambahan, ataupun membuat sumbangan $10 dan ke atas untuk menerima keseluruan permainan – termasuk Metal Slug X dan juga King of Fighters 2002.

Melalui Humble Bundle, seperti biasa, anda boleh memilih nilai wang yang anda ingin sumbangkan serta badan kebajikan atau bagaimana wang tersebut dibahagikan.

Penawaran Humble NEOGEO Bundle ini adalah selama dua minggu, dan anda yang berminat boleh mendapatkannya melalui laman rasmi Humble Bundle.

Layari : Humble NEOGEO Bundle


TIPS & ULASAN