Carian
HTC
HTC Vive Akan Dipasarkan Kepada Pengguna Pada April 2016
December 9, 2015 Aman

HTC telah memasuki arena realiti-maya pada tahun ini, dimana mereka bekerjasama dengan pihak Valve untuk menjana perisian, sementara HTC membangunkan peranti untuknya. Terkini, HTC mengumumkan mereka akan memasarkan HTC Vive ini kepada pengguna umum sekitar April 2016 kelak.

HTC Vive

Menggunakan HTC Vive, ia membawa kepada penggunaan realiti-maya yang lebih baik dan realistik berbanding beberapa peranti lain dipasaran. Namun, salah satu masalah ketika kami mencubanya adalah kekangan dari segi penggunaan wayar yang berselirat dan sukar jika digunakan dirumah. Berkemungkinan versi akhir hadir dengan rekaan lebih baik kepada pengguna.

HTC turut mengumumkan mereka akan memperluaskan penawaran peranti realiti-maya mereka kepada pembangun sebanyak 7000 unit pada awal 2016 – sekaligus membolehkan pembangun bersedia dengan aplikasi dan kandungan mereka untuknya apabila ia dijual kepada pengguna.

Komen