Nova Launcher Prime Kini Ditawarkan Pada Harga RM1 Di Google Play Store

Nova Launcher Prime Kini Ditawarkan Pada Harga RM1 Di Google Play Store

Diterbitkan pada Dis 9, 2015 oleh .

Nova Launcher Prime

Untuk mereka yang gemar mengubah antaramuka pada peranti Android, salah satu launcher yang popular untuk tujuan tersebut adalah Nova Launcher. Mereka juga mempunyai penawaran berbayar dinamakan Nova Launcher Prime yang membawakan beberapa fungsi tambahan melaluinya.

Menggunakannya, pengguna boleh mengubah paparan saiz ikon, menyembunyikan ikon yang tidak dikehendaki, menambah efek ketika menatal, dan pelbagai perkara lain lagi.

Pihak Nova Launcher Mengatakan aplikasi ini ditawarkan pada harga rendah bersempena dengan musim cuti penghujung tahun, dan bagi pengguna Android yang berminat, anda boleh mendapatkannya pada harga hanya RM1 hari ini.

Muat-Turun NOVA Launcher Prime di Google Play Store


TIPS & ULASAN