Mozilla akhir-akhir ini dilihat mengurangkan fokus mereka kepada pelbagai produk lain, dan memfokuskan kepada pembangunan pelayar web mereka, dan memberikan lebih privasi kepada pengguna ketika menggunakan web. Terkini, mereka turut melancarkan sebuah aplikasi baru untuk pengguna iOS, dinamakan sebagai Focus by Firefox.
Melalui aplikasi ini, ia memfokuskan kepada menghalang kandungan yang menganggu privasi pada Safari. Ia hanya berfungsi pada Safari di iOS sahaja, dan tidak boleh digunakan bersama Firefox untuk iOS.
Dengan menggunakan Focus by Firefox, ia membolehkan anda menghalang kandungan berbentuk pengiklanan, analytics, berkaitan sosial dan sebagainya. Ini sekaligus menjadikan pelayaran web anda lebih terjamin daripada pihak ketiga, selain mengelakkan pelayaran anda dipantau oleh beberapa pihak.
Bagi anda yang menggunakan peranti iPhone, iPad atau iPod Touch, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Apple AppStore hari ini.
- Muat-Turun Focus by Firefox untuk iOS