Cari @ Amanz

Oppo pada tahun ini agak memfokuskan kepada peranti dibawah keluarga Oppo R7 mereka – dimana beberapa variasi ditawarkan. Dibawah keluarga tersebut, yang paling berkuasa adalah Oppo R7 Plus, dan terkini, pihak Oppo memperkenalkan kemaskini dan variasi yang lebih berkuasa, yang mana hadir dengan penambahan memori dan ruangan storan.

Oppo R7 Plus

Diperkenalkan di China, variasi Oppo R7 Plus baru ini hadir dengan memori sehingga 4GB RAM, serta ruangan storan 64GB terbina. Spesifikasi lain adalah masih kekal sama, termasuk menggunakan cip Snapdragon 615, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel. Dengan saiz skrin 6-inci, ia juga membolehkan penyertaan bateri berkapasiti besar, iaitu 4100mAh.

Ia tidak diketahui lagi sama ada versi yang ditambah-baik ini akan ditawarkan di Malaysia atau hanya khusus di China sahaja. Untuk pasaran China, versi 4GB RAM ini ditawarkan pada harga RMB2999 (~RM1993).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd