Carian
Pengguna Malaysia Menggunakan Internet Secara Purata 12 Jam Sehari
December 9, 2015 Aman

Pada hari ini, boleh dikatakan ramai yang menghabiskan masa melayari web, ataupun menggunakan perkhidmatan sosial – seperti Twitter, Facebook, WhatsApp dan sebagainya. Ini sekaligus membuatkan kita menghabiskan masa yang lama pada arena internet – mungkin salah satu perkara yang membimbangkan, dan mungkin juga sebaliknya – bergantung kepada penggunaan.

Hari ini, pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia, mengatakan pengguna Malaysia secara purata menghabiskan masa sekitar 12 jam sehari untuk melayari internet.

Perkara ini termasuk secara purata menghabiskan 3 jam 3 minit setiap hari untuk mengakses internet di telefon pintar, 5 jam 36 minit pada tablet atau komputer, dan 3 jam 27 minit pada perkhidmatan sosial.

Arena internet boleh dikatakan berkembang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dimana ia telah menjadi bukan sahaja tempat untuk menambah kenalan baru dan bertukar pendapat, tetapi pada masa yang sama juga untuk mencari info dan maklumat yang berguna.

Komen