Cari @ Amanz

Samsung Electronics sedia terkenal dengan penawaran peranti mudah-alih mereka, selain turut menawarkan komponen untuk digunakan oleh pengeluar peranti lain. Terkini, Samsung turut mengumumkan yang mana mereka akan emmperluaskan perniagaan mereka dan hadir dengan pasukan yang memfokuskan kepada perniagaan berkaitan automotif.

Samsung Car Mode

Melalui bahagian baru ini, Samsung akan memfokuskan kepada beberapa perkara terlebih dahulu, termasuk sistem inforia, sokongan navigasi satelit, dan juga teknologi pemanduan automatik.

Samsung merupakan antara gergasi teknologi yang mempunyai kelebihan dari segi mengeluarkan komponen elektrik, dan mampu membuat pelaburan yang tinggi dalam arena baru. Jikalau dilakukan dengan tepat, tidak mustahil untuk kita melihat Samsung berjaya dalam arena pengeluaran komponen elektronik untuk kenderaan pintar dan dipandu automatik – selain turut sama memfokuskan kepada bateri untuk kenderaan elekrik.

Pengenalan bahagian baru Samsung ini juga selari dengan gerakan arena industri, dimana ramai yang memfokuskan kepada pengeluaran kenderaan elektrik dan kenderaan yang dipandu automatik – selain pada masa yang sama boleh menambah keuntungan syarikat mereka, memandangkan arena telefon pintar yang semakin mendatar perkembangannya akhir-akhir ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd