Yahoo! Akan Membahagikan Syarikat Kepada Dua – Satu Memegang Saham Alibaba, Dan Satu Untuk Yahoo!

Yahoo! Akan Membahagikan Syarikat Kepada Dua – Satu Memegang Saham Alibaba, Dan Satu Untuk Yahoo!

Diterbitkan pada Dis 10, 2015 oleh .

Yahoo! merupakan salah satu syarikat web yang popular lebih kurang sedekad yang lepas, tetapi populariti mereka semakin merudum dari bulan ke bulan. Kini, dalam usaha untuk lebih memfokuskan kepada syarikat mereka – disamping membawa keuntungan kepada para pemegang saham, Yahoo! mengumumkan perancangan untuk membahagikan syarikat kepada dua.

Syarikat sedia ada Yahoo! akan kekal memegang saham Alibaba yang sangat bernilai, sementara pelbagai produk dan perkhidmatan milik Yahoo! akan beralih ke syarikat baru.

Pembahagian aset Yahoo! ke syarikat baru juga turut membawa kepada desas-desus dan kemungkinan yang mana ia mungkin terbuka untuk dijual kepada syarikat atau pelabur lain – jika menerima nilai yang tinggi daripada mereka.

Yahoo! masih mempunyai beberapa produk yang masih aktif digunakan ramai, termasuk Yahoo! Japan, Tumblr, dan juga Flickr.

Dengan pengumuman ini, mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai perancangan syarikat berkenaan dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN