Upin & Ipin Merupakan Video Paling Popular Di YouTube Malaysia Pada 2015

Upin & Ipin Merupakan Video Paling Popular Di YouTube Malaysia Pada 2015

Diterbitkan pada Dis 10, 2015 oleh .

Google setiap tahun akan mengeluarkan data berkenaan video paling popular pada sesuatu tahun, dan seperti tahun-tahun lepas, hari ini mereka telah mengeluarkan data mengenai video YouTube paling popular di Malaysia sepanjang tahun 2015 ini.

Daripada data yang dikeluarkan oleh Google melalui YouTube Rewind, video paling popular di Malaysia sepanjang 2015 adalah Upin & Ipin – Gong Xi Fa Cai. Data pada tahun ini juga agak menarik memandangkan kebanyakkan video yang tersenarai adalah jenama terkemuka dan bukannya artis atau penerbit YouTube.

  1. Upin & Ipin – Gong Xi Fa Cai
  2. Letting Go of the Past Can Bring an Unexpected Surprise this Chinese New Year
  3. PETRONAS National & Malaysia Day 2015: #akrab
  4. BoBoiBoy Musim 3 Episod 16: Bahaya BoBoiBoy Api!
  5. Ultraman Neos vs Nozera & Sazora
  6. Home – #lundangtonewcastle
  7. Frozen Let it Go – In Real Life
  8. Humood AlKhudher – Kun Anta (Wani Cover)
  9. Polis EVO – Official Trailer
  10. Kompliasi Dubsmash Artis Wanita Malaysia

Dalam arena video muzik pula, video muzik paling popular sepanjang 2015 di YouTube Malaysia adalah Wiz Khalifa – See You Again. Bercakap mengenai video muzik, semua 10 video yang popular adalah artis popular yang menggunakan platform YouTube untuk mempromosikan video mereka dan menjana pendapatan tambahan melaluinya.

  1. Wiz Khalifa – See You Again
  2. Ellie Goulding – Love Me Like You Do
  3. Maroon 5 – Sugar
  4. Homood AlKhudher – Kun Anta
  5. Goyang Dumang – Cita Citata
  6. Drama Band – Biarkanlah
  7. Taylor Swift – Bad Blood
  8. BigBang – Loser
  9. Dahsyat – MOJO
  10. Jessie J – Flashlight

Untuk anda, apakah video yang paling anda minati sepanjang tahun 2015 ini?


TIPS & ULASAN