Penggunaan Android Lollipop Kini Mencecah 25% – Kit Kat Masih Di Tempat Pertama

Penggunaan Android Lollipop Kini Mencecah 25% – Kit Kat Masih Di Tempat Pertama

Diterbitkan pada November 6, 2015 oleh .

Penggunaan Android Lollipop kini akhirnya digunakan lebih dari 1/4 peranti Android di dunia. Sebanyak 25.6% peranti kini menggunakan Lollipop sejak ia mula diperkenalkan setahun yang lalu.Ini masih meletakkannya sebagai versi Android ketiga paling popular di belakang Kita Kat dan Jelly Bean. Peningkatan kepada 25.6% ialah penambahan 100% berbanding Jun tahun ini. Sistem operasi Android Kit Kat masih lagi digunakan majoriti peranti Android dengan pegangan 37.8% diikuti pula oleh Jelly Bean dengan 29%. Sementara itu penggunaan Android Marshmallow masih kecil iaitu 0.3%. Ini sekaligus meletakkannya di belakang Gingerbread (3.8%) dan Ice Cream Sandwich (3.3%). Menarik sekali masih ada peranti yang menggunakan Android Froyo dengan pegangan sebesar 0.2%.

Android-November-2015


TIPS & ULASAN