Penggunaan Android Marshmalllow Kini Mencecah 0.5% – Kit Kat Masih Di Tempat Pertama

Penggunaan Android Marshmalllow Kini Mencecah 0.5% – Kit Kat Masih Di Tempat Pertama

Diterbitkan pada Dis 10, 2015 oleh .

Peratusan penggunaan versi sistem operasi Android terkini baru sahaja diumumkan dan Android Marshmallow kini digunakan 0.5% peranti. Ini adalah peningkatan sebanyak 0.2% berbanding bulan lalu. Sistem operasi paling banyak digunakan masih dipegang oleh Kit Kat dengan 39.2 % berbanding 37.2% sebelum ini. Ya sistem operasi lama ini menunjukkan peningkatan pengguna yang lebih baik berbanding Marshmallow. Di tempat kedua pula ialah Lollipop dengan 29.2% dan ini juga bermakna ia berjaya memintas Jelly Bean dengan 26.9% peranti. Menakjubkan sekali Masih ada  0.2% peranti menggunakan Froyo. Bagaimana pula dengan anda? Apakah versi Android yang pada peranti yang digunakan oleh anda?

Android Disember


TIPS & ULASAN