Kerusi Khas Permainan Komputer Secretab Omega Stealth Kini Boleh Dipesan – Harga Bermula RM1470

Kerusi Khas Permainan Komputer Secretab Omega Stealth Kini Boleh Dipesan – Harga Bermula RM1470

Diterbitkan pada Dis 10, 2015 oleh .

Aksesori permainan komputer suatu ketika dahulu terhad kepada tetikus dan papan kekunci. Sejak permainan komputer mula diterima sebagai sukan elektronik dan diiktiraf sebagai kerjaya pelbagai lagi aksesori lain mula membanjiri pasaran. Antara aksesori yang dihasilkan ialah kerusi yang direka khas untuk keselesaan ketika sesi permainan. Di Malaysia aksesori kerusi seperti ini amat jarang sekali kami lihat dijual dan perlu dipesan dari laman luar negara. Namun harga yang mahal serta kos penghantaran yang tinggi membuatkan hanya segelintir peminat permainan komputer mampu memilikinya.

Secretlab Omega Stealth 1

Secretlab ialah pengeluar kerusi permainan komputer yang berpangkalan di Singapura. Kerusi Omega Steath mereka kini boleh dipesan oleh pengguna di Malaysia dengan harga jualan RM 1470 sebuah. Kerusi ini diperbuat dari bahan kulit PU dan busa cold-cure bagi memastikan keselesaan walaupun sesi permainan berlarutan untuk masa yang lama. Pesanan boleh dilakukan sekarang menerusi laman Secretlab dengan kos penghantar hanya $15 (~64).

Secretlab-Omega-Stealth-2

 


TIPS & ULASAN