ZTE Malaysia kini dalam persiapan untuk pelancaran satu lagi telefon pintar baru daripada mereka, dinamakan sebagai Blade A711. ZTE Blade A711 ini membawakan spesifikasi pertengahan, dan boleh dipra-tempah melalui Lazada pada harga RM699 (harga asal RM899).
ZTE Blade A711 membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan resolusi HD penuh, dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 615, memori 2GB RAM, bateri berkapasiti 3000mAh, dan menggunakan ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan dengan kad mikro-SD.
Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.
Telefon pintar ini menyokong rangkaian 4G LTE, dan hadir dengan sokongan dwi-SIM. Menariknya, peranti ini juga turut dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari.
Pihak ZTE buat masa ini hanya memulakan pra-tempahan untuknya pada harga promosi RM699, dan ia dijangka hadir ke pasaran Malaysia sekitar 18 Disember 2015 ini.
- Pra-Tempah : ZTE Blade A711 di Lazada