YouTube Memperkenalkan Tab Khusus Untuk Memudahkan Pengguna Mengetahui Video Yang Sedang Viral

YouTube Memperkenalkan Tab Khusus Untuk Memudahkan Pengguna Mengetahui Video Yang Sedang Viral

Diterbitkan pada Dis 10, 2015 oleh .

YouTube hari ini telah mengeluarkan senarai video paling popular sepanjang tahun 2015 ini, dan pada masa yang sama turut memperkenalkan satu lagi fungsi baru pada laman video popular mereka, iaitu tab untuk melihat video yang sedang viral pada sesuatu hari.

YouTube Trending

YouTube melabelkan tab ini sebagai Trending (atau Arah Aliran jikalau menggunakan YouTube dalam Bahasa Malaysia). Pada tab berkenaan, YouTube memperlihatkan video yang sedang ditonton ramai pada sesuatu hari mengikut negara.

Memandangkan YouTube merupakan salah satu platform perkongsian video yang popular di dunia, dengan pengenalan tab ini, ia sekaligus memudahkan pengguna untuk mengetahui apakah yang sedang hangat ditonton oleh pengguna sekitar anda, disamping mengikuti pelbagai trend semasa dengan mudah.

Menggunakan YouTube pada peranti Android pula, pengguna turut dipaparkan dengan lebih pilihan, termasuk paparan video yang sedang hangat ditonton dalam kategori permainan dan juga muzik.

Layari : YouTube Trending


TIPS & ULASAN