Huawei Malaysia telah mulakan jualan Nexus 6P di Malaysia hari ini, dimana ia dijual pada harga RM2698. Menariknya, Google juga hari ini telah memperkenalkan kemaskini Android 6.0.1 yang ditawarkan kepada pengguna Nexus terlebih dahulu.
Melalui kemaskini Android 6.0.1 yang bersaiz kurang 80MB ini, ia membawakan beberapa kemaskini untuk sistem operasi Android dalam usaha menjadikannya lebih dioptimasikan.
Hadir bersama-sama dengan kemaskini baru ini adalah sejumlah emoji baru dan juga emoji yang diberikan nafas baru untuk pengguna.
Bagi anda yang menggunakan Nexus 6P atau peranti Nexus lain, boleh memulakan kemaskini ini yang telah pun mula ditawarkan secara OTA. Untuk peranti lain, mungkin anda perlu nantikan untuk beberapa bulan lagi (atau mungkin tidak menerimanya) – apatah lagi dengan kadar penggunaan Marshmallow hanya sekitar 0.5% sahaja.