Oukitel K10000 Dilancarkan – Phablet Dengan Bateri Sebesar 10 000 mAh

Oukitel K10000 Dilancarkan – Phablet Dengan Bateri Sebesar 10 000 mAh

Diterbitkan pada Dis 10, 2015 oleh .

Jun lalu kami melaporkan Oukitel sebuah pengeluar peranti dari China akan menghasilkan peranti dengan bateri sebesar 10000 mAh. Kini peranti yang diberi nama Oukitel K10000 kini boleh dipesan secara rasmi. Ia  adalah sebuah phablet Android 5.1 dengan skrin sebesar 5.5″ IPS LCD 720P, diperkasakan pemproses 1.0 GHz empat teras Mediatek MTK6735, RAM sebesar 2 Gigabyte dan muatan dalaman 16 Gigabyte (sokongan MikroSD sehingga 32 Gigabyte). Kemampuan optik pula ialah kamera belakang sebesar 13 Megapixel dan kamera hadapan 5 Megapixel.

Oukitel-K10000-1

Menurut Outkitel bateri sebesar 10000 mAh yang digunakan mampu memberikan hayat penggunaan peranti sehingga 15 hari dengan sekali caj. Sistem pengecasan pantas disokong dan bateri gergasi ini hanya memerlukan 3.5 jam untuk dicaj sepenuhnya. Seperti beberapa lagi peranti dengan kapasiti bateri yang besar di pasaran, K10000 turut boleh mengecas peranti lain menggunakan USB OTG. Peranti ini kini memegang rekod sebagai telefon pintar dengan kapasiti bateri paling besar di pasaran. Harga jualan ialah $239.99 (~RM1020) sebuah. Dengan Oukitel K10000, pemilik tidak perlu risau untuk membawa power bank ataupun membeli kerangka dengan bateri terbina.

Oukitel-K10000-2

 


TIPS & ULASAN