GoPro Karma – Dron Pertama GoPro Akan Dilancarkan Tahun Hadapan

GoPro Karma – Dron Pertama GoPro Akan Dilancarkan Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Dis 10, 2015 oleh .

Kamera aksi paling popular digunakan pada dron di pasaran sekarang ialah GoPro. Setiap dron yang dihasilkan pasti akan mempunyai cagak khas yang menyokong kamera aksi yang mampu mengambil video pada resolusi sehingga 4K. Menyedari betapa popularnya produk mereka di kalangan pengguna dron, GoPro nampaknya akan menghasilkan dron mereka sendiri tahun hadapan. Sebuah video teaser dihasilkan oleh mereka untuk dron pertama yang diberi nama Karma. Maklumat mengenai rekaan serta spesifkasi penuh dron ini masih lagi misteri. Kepada yang berminat anda boleh mendaftar pada laman rasmi Karma dan mempunyai peluang menerima 1 daripada 100 dron yang akan diberi percuma apabila ianya dilancarkan kelak. Kualiti kamera GoPro memang sudah terkenal oleh peminat sukan lasak. Sekiranya kualiti yang sama dapat dihasilkan pada dron buatan sendiri mereka, tidak mengejutkan jika mereka bakal memberikan saingan kepada pengeluar dron nombor 1 dunia sekarang iaitu DJI.


TIPS & ULASAN