Malaysia Cyber Games 2015 Bermula Esok – Hadiah Ditawarkan Berjumlah RM 300 000
Artikel Berkaitan

Malaysia Cyber Games 2015 Bermula Esok – Hadiah Ditawarkan Berjumlah RM 300 000

Diterbitkan pada Dis 10, 2015 oleh .

Pernah suatu ketika dahulu menghabiskan ribuan jam bermain permainan video adalah dianggap membazir masa dan wang. Pihak berwajib kemudian memperkenalkan pelbagai peraturan ke atas kafe siber bagi mengelakkan pelajar menghabiskan terlalu banyak masa di premis-premis ini. Masa sudah berubah dan e-sukan kini sudah diiktiraf oleh Kementerian Belia Dan Sukan. Pencarian atlet siber yang bakal mewakili Malaysia di dalam permainan DoTA 2 akan berlangsung selama tiga hari bermula esok di Stadium Negara.

Malaysia-Cyber-Games-2

Malaysia Cyber Games 2015 menawarkan hadiah terkumpul bernilai RM300 000. Lima acara yang dipertandingkan ialah DoTA 2, FIFA 16, Counter Strike GO dan Super Street Fighter IV Ultra. Hadiah paling lumayan ialah DoTA 2 dengan nilai terkumpul RM200000 diikuti pula oleh Counter Strike GO dengan nilai terkumpul RM60000. Masuk adalah percuma tetapi anda juga boleh membeli tiket SVIP berharga RM90 ataupun tiket VIP berharga RM30. Kedua-dua tiket ini akan memberikan anda akses kepada kawasan tempat duduk khas, baju rasmi MCG 2015 dan peluang untuk menemui atlet siber terkemuka antarabangsa. Pemenang pertandingan DoTA 2 akan sekaligus menjadi wakil Malaysia di bawah nama Taring. Pasukan manakah yang anda rasakan layak menjadi wakil Malaysia?

 


TIPS & ULASAN