Google pada 2010 yang lepas telah memperkenalkan sebuah aplikasi khusus dinamakan sebagai Chrome To Phone yang membolehkan pengguna menghantar pautan daripada pelayar web desktop ke telefon pintar. Terkini, Google secara rasminya mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan aplikasi Chrome to Phone itu pada 31 Mac 2016 kelak.
Seperti ramai sedia maklum, Google telah pun mengintegrasikan Chrome dengan fungsi tersebut, memudahkan pengguna mengikuti pautan yang dibuka pada web terus pada peranti mudah-alih dengan mudah. Disamping itu, terdapat juga beberapa aplikasi lain yang menawarkan fungsi lebih kurang sama.
Pada hari ini, evolusi yang dilakukan oleh Google bukan setakat untuk menghantar pautan web sahaja, malah turut boleh membuat tetapan navigasi di desktop, dan mengikutinya pada telefon – serta beberapa fungsi lain.
Dengan integrasi pelbagai fungsi sedia ada ini, mungkin ramai pengguna tidak akan bersedih atas pemergiaan Chrome To Phone ini.