Kereta Yang Dikawal Menggunakan Gelombang Otak Diperlihatkan Di China

Kereta Yang Dikawal Menggunakan Gelombang Otak Diperlihatkan Di China

Diterbitkan pada Dis 10, 2015 oleh .

Arena kereta yang dipandu automatik semakin hari semakin menarik minat ramai pengeluar kenderaan dan juga syarikat teknologi seluruh dunia. Terkini, di China, pengkaji memperlihatkan gabungan pemanduan automatik dengan kawalan menggunakan gelombang otak.

Kereta EEG

Projek ini diperlihatkan oleh Nankai University, dan dilihat lebih ditujukan kepada mereka dengan kelainan upaya untuk memandu kenderaan tanpa masalah. Perkara ini dijayakan dengan menggunakan gelombang EEG (electroencephalogram) yang dikeluarkan daripada otak.

Antara perkara yang boleh dikawal adalah termasuk memandu ke hadapan, kebelakang, memberhentikan kenderaan, membuka pintu, dan mengunci pintu. Untuk mengawalnya, pengguna akan diperlukan menggunakan memakai sebuah peranti khas di kepala.

Buat masa ini, ia hanya sekadar kajian dalam universiti sahaja, dan masih tiada sebarang perancangan untuk menjual teknologi berkenaan, atau memasarkannya.


TIPS & ULASAN