Open Live Writer Diperkenalkan – Versi Sumber Terbuka Untuk Windows Live Writer

Open Live Writer Diperkenalkan – Versi Sumber Terbuka Untuk Windows Live Writer

Diterbitkan pada Dis 10, 2015 oleh .

Bagi penulis blog, mungkin ramai yang selesa dengan menggunakan Windows Live Writer. Tetapi, ia sudah sekian lama tidak dibangunkan secara aktif, dan kini sebahagian besar kodnya di jadikan sumber terbuka dan diperkenalkan sebagai Open Live Writer.

Open Live WriterOpen Live Writer menawarkan fungsi yang lebih kurang sama seperti Windows Live Writer, dan menyokong sistem operasi Windows yang terkini. Menggunakannya, pengguna boleh membuat penyuntingan, menulis artikel dan menerbitkan artikel blog dengan mudah terus daripada desktop.

Open Live Writer juga membuang beberapa fungsi, sebagai contoh salah satunya adalah penyemak ejaan – memandangkan ia menggunakan sokongan pihak ketiga yang mana Open Live Writer tidak mempunyai pelesenan untuknya. Walaubagaimanapun, daripada latar masa pembangunan, pihak pembangun disebalik Open Live Writer menyasarkan untuk menambah dan menggantikan fungsi tersebut dengan pilihan lain.

Buat masa ini, ia hanya sekadar menyokong WordPress dan Blogger sahaja, tetapi pembangunnya menyasarkan untuk menyokong lebih banyak sokongan, termasuk kebolehan mengemaskini status Facebook dan Twitter terus melalui Open Live Writer ini. Sokongan markdown juga dijangka akan ditambah tidak lama lagi.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Open Live Writer hari ini dan menggunakannya dalam penerbitan artikel anda. Memandangkan ia masih pada peringkat awal, mungkin terdapat beberapa pepijat dan masalah perisian yang belum dikenal-pasti lagi buat masa ini.

Muat-Turun Open Live Writer

Kod Sumber : Github[/download]


TIPS & ULASAN