Cari @ Amanz

Huawei Malaysia hari ini telah memulakan jualan peranti Nexus 6P di Malaysia, dimana mereka menawarkannya melalui Vmall dan juga Lazada. Berkongsi mengenainya, hari ini pihak Huawei mengatakan mereka telah menjual 1000 unit pada hari pertamanya.

Huawei Nexus 6P

Huawei Malaysia telah memulakan jualan Nexus 6P pada hari ini pada harga RM2698, dimana beberapa pembeli pertama turut menerima hadiah tambahan berupa sebuah Chromecast.

Nexus 6P merupakan telefon pintar menggunakan Android 6.0 Marshmallow daripada Google dan Huawei, dimana ia hadir dengan sokongan pengimbas cap jari, USB Type-C dan kamera 12-megapixel yang merakamkan gambar dengan kualiti tinggi. Memandangkan ia hadir dibawah keluarga Nexus, maka peranti ini akan menjadi antara yang terawal menerima kemaskini Android berbanding puluhan peranti Android lain.

Huawei Malaysia turut mengatakan mereka akan menawarkan kerangka luar tambahan dan fon telinga percuma untuk pembelian Nexus 6P bermula daripada 11 Disember (esok) di VMall, dan 100 pembeli pertama di Lazada akan menerima Google Chromecast.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd