Google Photos Kini Memudahkan Anda Berkongsi Album Gambar

Google Photos Kini Memudahkan Anda Berkongsi Album Gambar

Diterbitkan pada Dis 11, 2015 oleh .

Google sebelum ini telah berkongsi mengenai fungsi yang bakal hadir ke Google Photos, dan salah satu yang dikongsikan adalah fungsi berkongsi album gambar, atau dipanggil Shared Albums. Hari ini, fungsi berkenaan diperkenalkan secara rasminya pada web, Android dan juga iOS.

Google Photos

Melalui fungsi ini, pengguna boleh berkongsi sesuatu album gambar dengan ahli keluarga atau rakan lain – sekaligus membolehkan mereka memuat-naik dan melihat gambar dan video pada album berkenaan.

Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna hanya perlu membuat album gambar baru pada Google Photos, dan seterusnya menghantar pautan album tersebut kepada sesiapa yang dikehendaki.

Fungsi baru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Google Photos di Android, iOS dan juga web bermula hari ini.

Muat-Turun Google Photos untuk Android

Muat-Turun Google Photos untuk iOS

Layari : Google Photos


TIPS & ULASAN