Perkhidmatan WiFi Percuma Lapangan Terbang KLIA Dinobatkan Ketiga Terpantas Di Dunia

Perkhidmatan WiFi Percuma Lapangan Terbang KLIA Dinobatkan Ketiga Terpantas Di Dunia

Diterbitkan pada Dis 11, 2015 oleh .

WiFI percuma ialah kemudahan yang kita ambil enteng kerana ianya dapat digunakan dengan mudah di negara kita. Kedai Tomyam Bonda yang kelihatan kurang menarik sekalipun mempunyai WiFi percuma apatah lagi restoran makanan segera kepunyaan konglomerat Barat. Sekiranya anda ke luar negara anda akan menyedari perkhidmatan WiFi percuma secara besar-besaran ini bukanlah sesuatu yang normal. Perkhidmatan WiFi percuma selalunya hanya ditemui di lapangan terbang. WiFi percuma ini perlu bagi memudahkan anda melakukan panggilan WhatsApp kepada keluarga bagi memberitahu anda sudah mendarat dan melakukan CheckIn Swarm untuk menunjuk-nunjuk di media sosial. Tetapi tidak semua perkhidmatan WiFi percuma di lapangan terbang adalah memuaskan. Berikut ialah senarai dua puluh lapangan terbang dengan perkhidmatan WiFi terbaik sepanjang 2015.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya mendapat tempat ketiga di belakang Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueng Thailand dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bill Dan Hillary Clinton Amerika Syarikat. Don Mueng menerajui carta kepantasan dengan 42.22 Mbps berbanding 34.54 Mbps di KLIA. Sungguhpun begitu kelajuan muat naik KLIA adalah kedua paling perlahan di dalam senarai ini dengan “kelajuan” 4.05 Mbps sahaja. Don Mueng masih lagi kekal di tangga teratas dengan kelajuan muat naik 42.28 Mbps. Tahniah diucapkan kepada KLIA atas kejayaan ini.

KLIA-WIFI-1 KLIA-WIFI-2


TIPS & ULASAN