Carian
Spotify Kini Membolehkan Pengguna Baru Mencuba Spotify Premium Pada Harga RM2 Untuk 3 Bulan
December 11, 2015 Aman

Bagi anda yang gemar mendengar lagu pada peranti mudah-alih, mungkin nama Spotify tidak asing untuk anda. Melalui perkhidmatan Spotify, ia membolehkan anda strim jutaan lagu yang tersedia padanya dengan mudah. Spotify ditawarkan secara percuma kepada semua pengguna, tetapi pengguna turut boleh mendapatkan ciri-ciri tambahan dengan melanggan kepada Spotify Premium.

Spotify Premium

Untuk pengguna Malaysia, Spotify Premium ditawarkan pada harga langganan RM14.90 sebulan. Kini, sebagai promosi akhir tahun, Spotify menyediakan promosi khusus, membolehkan pelanggan yang berminat untuk mencuba Spotify Premium pada harga RM2 untuk tempoh 3 bulan.

Ini bermakna, anda hanya perlu membayar RM2 untuk tempoh 3 bulan, dan menikmati ciri-ciri premium, termasuk bebas iklan dan juga kebolehan untuk menyimpan lagu untuk didengar secara luar-talian.

Promosi ini hanyalah untuk pengguna baru yang tidak pernah melanggan perkhidmatan Spotify Premium dan tidak juga pernah menggunakan tawaran percubaan 30-hari yang biasa ditawarkan.

Bagi anda yang berminat, boleh melanggan Spotify Premium ini pada harga RM2 untuk 3 bulan sebelum tarikh 31 Disember 2015. Hendaklah diambil perhatian yang mana caj bulanan RM14.90 akan dikenakan pada bulan ke-4 secara automatik jika anda tidak mematikan langganan Spotify Premium pada penghujung bulan ke-3.

Komen