Cari @ Amanz

Fungsi dwi-papran aplikasi ataupun split screen dipopularkan oleh Samsung Galaxy Note apabila ia muncul pada tahun 2010. Pada waktu tersebut fungsi ini adalah eksklusif kepada peranti Note dan hanya menyokong sebilangan kecil aplikasi rekaan Samsung. Kini beberapa pengeluar lain turut mempunyai sistem dwi-paparan mereka sendiri pada platform Android. Pada peranti Apple pula, iOS 9 memperkenalkan fungsi ini tetapi dihadkan kepada iPad.

Split View Android IMG_20151211_110657

Di dalam sesi soal jawab di Reddit, pembangun aplikasi Pixel C mendedahkan fungsi dwi-paparan akan hadir pada Android N yang sedang dibangunkan. Ini bermakna fungsi yang dahulunya terhad kepada peranti tertentu akan disokong secara natif oleh Android. Ini semestinya berita baik kepada pengguna peranti phablet Android di masa hadapan. Sokongan secara natif ini juga pastinya memudahkan lebih banyak aplikasi boleh menggunakan mod ini. Sudah tiba masanya ia menjadi fungsi terbina kerana dengan saiz skrin yang semakin besar keperluan menggunakan dua aplikasi serentak juga semakin meningkat.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd