Lenovo Screen Jacket – Jaket Yang Boleh Berubah Menjadi Skrin Untuk Projektor

Lenovo Screen Jacket – Jaket Yang Boleh Berubah Menjadi Skrin Untuk Projektor

Diterbitkan pada Dis 11, 2015 oleh .

Lenovo mempunyai beberapa tablet, dan salah satunya adalah Lenovo YOGA Tab 3 Pro yang hadir dengan projektor terbina pada bahagian tepinya. Untuk menggunakan projektor berkenaan, kebiasaannya, anda akan perlu mencari sebuah latar berwarna cerah, atau putih – kebiasaannya dinding – tetapi mungkin sukar untuk dijumpai dibeberapa lokasi, sebagai contoh ketika di luar rumah atau bercuti.

Lenovo Screen Jacket

Lenovo Screen Jacket

Untuk menyelesaikan masalah berkenaan, kini Lenovo hadir dengan sebuah aksesori khusus dinamakan sebagai Screen Jacket. Lenovo Screen Jacket ini merupakan sebuah jaket baju yang hadir dengan corak unik – dan ia boleh dibuka dan digunakan sebagai skrin mudah-alih anda.

Ia diubah menjadi skrin dengan menggunakan bahagian dalam jaket berkenaan, yang turut hadir dengan beberapa cangkuk yang boleh dipasang untuk menegangkannya dan menjadikannya sebagai sebuah skrin putih.

Apabila dijadikan skrin, ia membawa kepada keluasan sebesar 120smx60sm – yang mana disesuaikan dengan tablet Yoga Tab 3 Pro.

Apa pun, apa yang mungkin menghentikan anda daripada membelinya adalah harga jualannya. Lenovo Screen Jacket ini berharga €350 yang mana sekitar RM1639.


TIPS & ULASAN